Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day!!!


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"


Mmm....tu la tema hari guru tahun nih. Cikgu2 kene lebih kreatif dalam berinovasi semasa P&P. Hehe..tu tafsiran dpd cikgu fizik ni la kan. Nak den kobarkan panjang laie...den tak bapo nak ghoti..sapo2 yg nak tau laie, silo tanyo ngan cikgu bm yo :P

Hari ni hari guru...tapi kat maktab nih kitaorang tak buat sambutan lagi..budak2 tgh sit for final exam. Mesti ada yg kata...alah, skola kementerian pon exam jgk, buat je sambutan...

Every year, aku rasa sambutan yg dibuat oleh budak2 agak hebat. Dorg akan buat preparation berhari2 semata-mata utk nak pastikan semuanya best masa hari kejadian. So pihak pengurusan decide nak buat sambutan hari guru pas naik cuti nanti. Kebaikan dia, budak2 leh prepare...tak berapa nak baik sgtnya, feel hari guru tuh dah takder lor..

So disebabkan budak2 exam, makanya aku hanya dapat wishes daripada students sini dalam 13 org jer (12 org - homeroom aku, sorg lg wish masa aku nak bg arahan utk jawap soalan exam td)..hihi ---> giler ar cikgu ayu ni mengira! Ke tak ramai yg nak bg ucapan kat aku sebab aku ni garang? huhuhu...sedihnya kalo itu yg terjadi, sedangkan cikgu2 lain dapat byk je ucapan walaupon exam kan? Isk...adik sendiri yg aku ajar pon tak wish lagi, nak kene dia nih! hihihi...

Dah petang ni tadi, presiden homeroom_Syazni datang umah anta adiah daripada homeroom. Dorang hadiahkan aku sandal from sembonia. Masa birthday aku hr tuh dorg bg kain pasang yg sekarang ni dijadikan baju kurung. So nanti masa sambutan hari guru, aku nak pakai baju and sandal yg ada nih to MAKE THEM PROUD! 

Kat bawah ni isi surat yg dorg attached sama ngan adiah td..gelak2 and nasib tak terburai isi perot aku masa bacanya..hehehe...


Terima kasih jugak diucapkan pada cikgu2, kawan2 dan ex students yg bg wishes kat aku. To my dearest teachers...terima kasih cikgu sebab mengajar saya dulu, sampai la saya bole mengajar generasi baru yg ada skrg nih. Jasa cikgu2 akan saya kenang sampai bila2. 

Continue reading...

Thursday, May 10, 2012

My love


Oh my....tiap2 hari kalo tak jumpa dorg nih, rasa tak senang hidup aku. Tak kisah la penat ke tak, sakit ke sihat...aku tetap nak jumpa dorg. Sebab bagi aku skrg nih, dorg ni la 'antara' pengarang jantung pisang aku. Heheh...Sebab kan dorg ni lah (kecuali yg baju oren tuh..sebab dia newbie lg), aku dapat badan yg aku ada skrg. That's why i love them more and more...


Dari mass (cikgu fizik kene guna term yg betol, mass tau...bukan weight!) aku 57.4 kg and now dah jadik 48 kg...mereka2 inilah peneman di kala aku susah dan senang. Masa aku sakit hati ngan sape2..aku buat cam nak rak. Masa aku hepi, lg aku usaha btol2. Cuma kalo time menangis je aku tak exercise. Sebab nanti aku confuse..yg mana satu peluh, yg mana satu air mata. Hehehe...


 Dari mula2 aku just bole buat brisk walk je tiap kali guna treadmill, sekarang aku dah bole berlari ngan speed 12.0 utk seminit. Kalo lari ngan speed 8.0 tu dah biasa buat hari2. Dari brisk walk dan campor lari sket2 utk 4 rounds, aku bole dah berlari byk2 dan brisk walk utk 10 rounds. Dari guna dumbell 2 lb, skrg ni aku guna dumbell 4lb. Memang la tuh kecik lagi utk sesetgh org yg lain, tapi utk aku...tu dah ada byk improvement. And i love that! 


Dari aku seorang yg sangat BENCI berlari..sekarang ni aku tak bole berpisah dah ngan berlari. Dari pakai baju saiz XL...skrg ni aku dah bole pakai saiz XS. Hehe..tapi ikut cutting la kan. Takde la kata semua baju saiz XS aku dah bole pakai. Ada yg cam Incredible Hulk jadinya nanti. kui..kui..kui....


Jom...meet my friends..my buah hati pengarang jantung





Continue reading...

Wednesday, May 2, 2012

~ME~


Aku tak penah tau pon dalam diri aku ada sifat kesabaran yg aku rasa sangatla tinggi. Frankly speaking la wei!! Selama ni aku membayangkan diri aku, adalah seorang yg cepat marah dan memiliki tahap kesabaran yg sangat rendah. Sebab tu aku cepat naik angin bila budak2 datang lambat. 


Bila aku sedar aku ni penyabar orangnya? Hehehe...Bila berkenalan, bercinta ngan sorg nih...baru aku tau yg aku sangat penyabar orang nya. Even dia pon penah kata yg aku sangat sabar ngan dia. Tp aku penah ingatkan dia yg tahap sabar aku ada hadnya dan aku sendiri tak tau sampai mana had yang ada. Tapi skrg tahap sabar aku kat dia dah lebih had kot..sebab tu kitaorg dah takder apa2. Hehe...(gelak ke nak nangis ngek? Belasah je la...)


Last week, a friend of mine MENTIONED lagi yang aku ni penyabar, sangat SETIA dan selalu ada positive thinking katanya (dia yg kata tau..bukan aku. Aku just rephrase je kat sini). Kenapa dia kata aku setia? Dia kata..walau apa pon yg 'orang' buat kat aku, aku tetap ada positive thinking dan tak pandang org lain dah walaupon hati aku sakit dicarik-carik dengan tingkah laku 'orang' tu. Memang aku marah..tp time tu je la. Lepas beberapa jam or beberapa hari, aku cool down smula dan cuba mencari kebaikan 'orang' tu pada aku.


Bagi org yang tak kenal aku, memang dia akan kata yg aku ni jenis melayan semua org. Aku leh borak2 ngan sape2 pon but yet..dalam hati aku hanya akan ada sorang jer. Takkan ada yg lebih. Alhamdulillah..buat masa ni, itulah yg berlaku. Aku tanak cakap banyak sebab aku tak leh jangka apa yg berlaku in the future. Mintak2 la itu yang akan terus berlaku utk 'orang' baru yg mungkin dah mula bertapak dalam hati aku nih :)


Sekarang ni ramai yg nak kenalkan aku ngan org lain..Sebab katanya tanak aku sedih2..dan tanak aku dok sorang2. Sian kat aku katanya. Aku tak kisah nak berkawan sebab kalau kita berkawan, kita menambahkan silaturrahim...Silaturrahim kan membuka pintu2 rezeki...


Tiba2 kan ltk gmbar masa gi I-city ni last Saturday. Having a great time with him.. :)




Erk..gambar tak banyak..so letak je la gambar yg ada jerawat besar ni kan? Yg lain2 nya gambar cam kene amik ngan org yg ada parkinson..hehe..gegar sana sini gmbar nye :P


Apa kaitan gambar2 ni ngan post nih? Takder kaitan..saje nak share..hihihi



updated ----> nak tambah sket...ayat ni aku ada terjumpa kat FB. Ayat nya lebih kurang bunyinya gini "JANGAN BIARKAN ORANG YANG KITA SAYANG BERSEDIH DAN MENANGIS...SEBAB DI SATU TEMPAT LAIN, MUNGKIN AKAN ADA ORANG YANG SEDIA UNTUK MEMBUATKAN ORANG YANG KITA SAYANG TU GEMBIRA DAN BERBAHAGIA"
Continue reading...

Thursday, April 26, 2012

Kompang oh kompang...


Kompang oh kompang...kepak..kepak..kepok..kepok.. erk..camtu ke bunyi nya? Bole la..jadi ada bunyi jgk kan? Sok ada mesyuarat agong muafakat kat maktab nih. Aku jadik ajkk sambutan dan diarahkan oleh bos sambutan utk in charge budak2 kompang. 


Masa nak kumpulkan budak2 kompang, aku tanya la kat kelas sape lagi yg leh main kompang. Sebab budak2 yg slalu main kompang, secara berjemaah gi main rugby inter MRSM. Tiba2 ada sorg budak tanya...cikgu nak budak kompang sebab cikgu nak buat kenduri ker? Aku??? Terkedu la..boleh pulak dorg ni fikir sampai ke situ. So aku pon jawap lah...kalo betol cikgu buat kenduri, budak2 yg kene gi rugby pon cikgu tak kasi gi..sebab nak bg meriahkan geng kompang yg ada tuh..hihihi....


Japgi nak gi tgk budak2 ni trainning..chow dulu yerk! 
(dalam dok tgk dorg, cikgu nak berangan ngan bunyi kompang tuh..buleh????)


hihihihihihihi :P



Ooopppsss..terlebih sudah! 
Continue reading...

Surat Chenta


Kehadapan adinda2 ku...

Sending this letter to my beloved brothers and sisters...


Hehe...dua tu jer yg retinya. Nak buat bahasa lain, aku tak reti. Nanti ar sok lusa gi bertanya ngan students Indian, Chinese or maybe ada students asli kat sini. Blaja sket dari dorg camner nak buat ayat utk surat..hihihi... 


Apa sebenarnya yg aku nak sampaikan dalam post nih? Mmm...baru2 ni dalam slot homeroom, modul yg disediakan adalah berkenaan guru dan students. So ada cadangan dalam modul tu minta students utk tulis luahan rasa dia pada cikgu homeroom. Apa saja yg dorg nak bgtau, bole tulis kat dalam surat. So aku pon bg tau la ngan adik2 yg ada nih suruh tulis surat. Then letakkan surat tu nanti kat atas meja aku. Hari Selasa aku berdebar menunggu surat dorg. Sebab aku nak tau apa yg dorg rasa pasal aku. 


Ada surat yg nak buat aku tergelak..ada jgk yg buat aku touching2 kan..Nak meleleh air mata pon ada jgk. Ye lah..maybe selama ni aku tak prasan pon apa yg aku buat kat budak2 nih ada bg kesan kat dorg. Sebab I just be myself in front of them. Kalau aku marah, i'll show them my feelings. Siap skali ngan muka bengang lg..Kalo aku sedih, tu kene simpan2 sket. Maybe dorg leh kesan melalui tone suara yg lain macam. Kalau hepi, hihihi...tu harusla dorg leh tau teros kan? kan..kan..kan?


Adik 1 :
....lebih2 lg kak yong telah menyediakan pelbagai makanan yg best termasuklah makanan yg pelik2 (tak pernah makan)


Adik 2 :
....saya rasa kak yong cikgu a.k.a kakak homeroom yg sgt best. Tapi kadang2 saya takot kalau kak yong marah.. ( giler ar bg sapa2 yg tak takot kalo aku marah kan? hihihi)


Adik 3 : 
....nak minta restu dari kak yong walaupun kak yong tak ajar saya, restu dan berkat kak yong penting! =D ... saya hormat kak yong sebab kak yong sentiasa pegang prinsip hidup kak yong.


Adik 4 :
...mula2 kan masa masuk maktab, mula2 homeroom, saya takut sangat ngan kak yong. Sebab macam garang semacam jer. Tapi bila dah lama2, kita semua dah start rapat jadi best..



Mmmm...cukupla banyak tu jer kan? Kang kalo banyak2 pon..bukan ada yg nak baca pon. What ever it is, I'll try my best to reply their letters to show that I'm concern and appreciate with what ever they wrote about me. 


Continue reading...

Thursday, April 12, 2012

In the air!!!


Wah...rasa terawang2 sangat kan skrg nih!!! hehe...in love? Not yet kot..habis tu terawang2 sbb apa???

Bulan lepas..kami warden nak tempah baju korporat. Masa mula2 fitting utk size, aku amik saiz s dulu. Konon2 nak perasan kecik dah la kan..but, guess what??? Masa pakai tuh...rasa longgar2 utk saiz s. Nak menjerit dah...tapi disebabkan masa tu dikelilingi kawan2 warden yg lain, aku ni kontrol macho je la kan? Padahal dalam hati...suka bukan main!


Pastu saje lah..utk kepuasan diri, aku amik saiz xs utk nak check, bole ke dak pakai. Bila dah pakai xs, lg rasa nak melompat2 sbb it really fitted me well!!! weeehoooo.....!!!! Lama wei tak tgk badan ni pakai saiz s..apatah lg saiz xs kan? Hihi...lama dah membesar bersama ngan umur nih.. Tapi disebabkan baju korporat tuh utk pakai gi keje, macam agak tak sesuai la kan nak amik baju yg kecik2 nih. So aku pon decide nak amik saiz s.


Masa pakai baju korporat saiz s tuh, kawan2 dok cakap baju aku cam besar. Sebab banyak lg space yg bole diisi kat tepi2 nya..But i keep remind myself, please la jgn lagi simpan lemak2 kat tepi2 badan nih..tak sanggop dah memakai baju yg bersaiz besar. Aku pnh sampai satu ketika...malu sgt nak menjemur baju sebab pakai baju saiz L. huhuhu :(


Malam ni plak, baru je dapat t-shirt yang aku tempah utk homeroom. Masa nak tempah, aku gamble je kata nak amik saiz xs. Dalam hati dok takot jgk..buatnya takleh pakai, membazir la duit aku kan....


Sampai je umah, tros cari baju aku and pakai. Masa tuh tawakal jer..but, YES!!!! I can wear that shirt! huhuhuauaauhuahua...happy again!! Sekarang ni aku dah bole pakai saiz xs..ye yeah!!! Lama wei tak pakai saiz kecik. Last rasanya aku pakai saiz s masa time kat 1st year kat ukm dulu. Pastu badan membesar bersama2 muscle (huh..muscle la sgt kan? padahal lemak kan??)


Apa2 pon, aku nak berterima kasih pada seseorang yg membuatkan aku bersungguh2 utk nak turunkan berat badan. At first memang aku nak kuruskan badan sebab dia..sebab nak impressed dia. Sebab dia pnh cakap maybe dia akan cari yg lain kalo aku GEMOK. Sebab naluri manusia yg sukakan keindahan. Tapi di tengah2 usaha aku, aku terfikir..buat apa aku pnt hari2 sbb dia, then i changed my mind. Aku exercise sebab diri sendiri yg nak dapatkan kepuasan diri. Puas bila timbang, the number on the scale become smaller. Baju kurung makin kecik. Bila nak pakai jeans, wajib ada belt. Kalo tak seluar terlondeh..


Tp bila aku dah kurus, dia takder pon..Mana dia gi? Ntah...aku pon tak tau nak jawap apa. Orang dah tanak aku, kenapa aku kene tunggu lagi kan? Kalo btol dia nak, sure dia cari aku. I have to move on!! yeay...i'm happy with my XS size... :)



Buat sendirik tau pic nih!! Walaupon ntah apa2 je kan..tak kisah ar. Janji aku hepi!
Continue reading...

Wednesday, April 11, 2012

Why i worry??


Masa berlari-larian kat treadmill petang tadi, aku terbuka la TV3. Sebab masa tuh dok cari channel yg menarik. Masa tu dah kol 6 lbh. Masa tu la baru aku terbaca pasal gempa bumi ngan 8.9 skala ritcher kat Aceh. Pastu katanya org2 yg ada kat Kedah, Perlis, Langkawi, Perak diminta untuk menjauhi pantai.


Aku teros amik hp and call ibu. Masa tu aku dengar suara ibu cam dah cemas..lagi la aku panik kan. Ibu kata tgh berkemas2 barang utk stay kat ofis ayah. Ayah lak tgh busy arahkan kapal APMM yg ada kat laut utk balik ke pantai. Baby yg tdo masa gempa tuh terjaga sebab gegaran yg dia rasa. Still sakit kepala sbb terkejut dari tido + gegaran kot. Lps kol ibu, tros kol one of my friend. Tiba2 rasa risau kat dia sbb dia kat Kedah. Tp yg klakarnya..leh lak aku termenangis masa ckp ngan dia. Adei..malu2..Pas ckp ngan dia, lega sket kot rasa.


Then hujan lebat kat sini..ngan ribut petir. Lagi la bertambah risau sebab tak leh nak dengar berita for any news..takot kene sambar petir lak tv nih..lg pon kat tv kuar dah "service currently not available..." hujan daa..huhu..


Kenapa aku takot? Umah kitaorg kat Langkawi tuh ..kat blkg nya adalah hulu..eh..ke hilir sungai. Ntah ar..aku pon tak sure, hulu ke hilir sungai.. Buatnya air naik or tiba2 tsunami dtg ke situ...camne? Isk..mintak dijauhkan semua yg tak elok tuh...


Before i end my post today ---> big congratulationsssssssssss to my buddy, Zamzurina  yg dah selamat deliver baby girl kol 9.33pm tadi.
Continue reading...

Bila cikgu Ayu membebel...pheeew!!!


Halu2...aku plan nak gi KL hujung bulan ni sama2 ngan abang and one of my friend yg turun dari Jitra. Kiranya aku ngan abg dari MZMS ni, dia dari Jitra and we meet up kat LCCT.

Amik dia then gi KL lah. Skali mgu lps masa borak2 ngan dia, dia cakap yg katanya ada 'org' dah plan nak buat BERSIH 3.0 lak on 28 April nih. Dalam hati aku...asal la korang nak buat masa tarikh yg sama jgk aku nak berjimba2 kat KL tuh???

isk...tak habis2 lagi..dalam kepala ni dok fikir, jalan mana la yg kitaorg nak gi utk mengelakkan jem and so on..

Tadi masa scroll kat FB, tiba2 aku terbaca satu post daripada ex student (yg share gambar with great info). So aku nak share kan plak kat sini apa yg aku baca tuh. Bukan aku yg karang yer..ni tuan punya Fb tuh...sila klik kalo tanak caya ckp aku nih...  [ klik2 :) ].
Bole la kalo nak dikreditkan atas usaha beliau tuh..


Tapi bagi yg caya...aku share kan kat sini je apa yg ada tuh yer..sila baca ye!

***********************************************************************************

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?


Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

 Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
 
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)


Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."


Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

 “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

 Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

 “Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

 “Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

 Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

 *****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam
 
***********************************************************************************

Bagi aku, apa yg di ceritakan tu ada betolnya. Aku slalu terbaca kat FB ada org2 tertentu yang kononnya nak ubah pemerintahan yang ada kat Malaysia..tapi bagi aku sendiri, org tu sendiri pon banyak kekurangan.


Dia sibuk tengok kekurangan org lain tapi tak penah sedar kekurangan diri sendiri. Belajar pon tak habis lagi..dapat duit daripada kerajaan but yet kau nak kutuk sana sini. Better for u to finish your study 1st, then build up a business without any help from kerajaan yg kau kutuk.


When u success, then only u can say something about the country. Tu pendapat aku lah kan. Tapi kalo ada sape2 yg tak setuju, sila buat post yg tak menyetujui kat blog korg sendiri plak..hehee..

Peace Yo!!
Continue reading...

Monday, April 2, 2012

*xde tajuk specific*


I'm a single lady with a great body! hehe...eh, tak2...kang orang kata aku ni membangga diri lak. Pada hal lemak bersepah kat sana sini kat badan nih kan? I'm a single lady with a great heart...hah, yg tu btol sket kot. hihihi *grin* :D


Ni blog aku kan...aku punya suka la pon nak bangga diri ke apa. kui kui kui....Apa sebenarnya yg aku nak mengarot malam2 nih? Baru jap ni tadi ada sekumpulan students f4 (termasuk adik aku skali), datang umah untuk bertanya pasal keje yang aku bg kat dorg ptg tadi. Masing2 struggle nak buat sebab sok ada kelas lagi kan ngan aku. Mau aku mengamok kalo dorg tak siapkan keje dan bg alasan TAK RETI kan!!? Bagi aku...tak reti bukan la alasan utk tak siapkan keje yg aku bagi. Sebab aku dah ajar dulu before aku bagi dorang keje. Tapi yg membuatkan aku berat nak bukak pintu adalah ---> aku baru je pakai mask. Kalo aku gi cuci mask nih, rugi la kan!? Tapi nanti mesti budak2 tu gelakkan aku ngan muka macam tepong gomak nih.


Dalam bersiap tukar baju n pakai tudung, aku rasa aku akan buka je pintu. Tengok je la apa yg patut. Dalam hati dok mengarok jgk...asal la budak2 ni datang time aku pakai mask. Tadi2 tanak lak dtg tanya soalan...tapi sebab dorg nak blaja, aku layankan ajer. Aku tgk muka masing2 dok tahan gelak je bila tgk muka aku. B4 buka pintu, aku dah sound dorg jgn gelak & terkejut ngan apa yg dorg bakal tgk. hehehe...yg plg hampeh, adik aku lak yg jadi tukang gelak kan aku nih. Geram tol!


Dalam pada tuh...sempat lagi aku pesan pada budak2 yg dtg tu utk tak citer pada sape2 pasal muka aku yg cam ape je tadi. Tapi aku tau...tak sampai 5 minit, terbongkar la rahsia aku tadi. huh!!!



Continue reading...

Tuesday, March 27, 2012

Hubungan cikgu dan students :)


Halu2...skrg ni macam agak tak brapa nak update dah blog aku nih. Nak kata busy tuh...ada la jgk..tapi takde la melampau2 sampai tak leh dok depan lappy. Cumanya, bila dok buat keje lain, rasa idea utk mengarang tu melimpah ruah. Tapi bila elok depan lappy, whhhooooopssshhh...idea tuh hilang gitu jer. Hihihi...itu pasal la takder citer terbaru utk dikongsi.


Tengok title post tu cam ala2 suspen pon ada tak? Hihi..ni bukan nak citer pasal hubungan cintan cintun antara cikgu ngan student yer! Tapi nak citer kan hubungan silaturrahim, yg baik antara cikgu & students. Last Saturday, i went to MRSM Tun Ghafar Baba known as MRSM Jasin before for a PARADIKMA annual grand meeting. Kira cam aku ni wakil daripada MRSM Muadzam lah. Aku mmg excited kalo nak gi mana2 program yg melibatkan semua MRSM dan yg tak tertumpu kepada subjek aku je. So aku bole berjumpa mana2 cikgu dari Terendak dulu.


So masa hari Sabtu tuh, aku terjumpa ngan Cikgu Azaam (cikgu PJ yg hot & cool masa skola dulu...hehehe), cikgu Wan Ainizah (my feveret teacher ever!), Cikgu Satari (cikgu yg jd panel interviewer masa aku nak masuk keje dulu..cikgu fizik) and Cikgu Anuar (cikgu pengakap aku dulu). Semua yang aku sebut tadi tu semuanya org hebat2 kat mrsm masing2 skrg. Cikgu Azaam la yg aku tak pnh jumpa lagi sepanjang aku keje nih. So masa nak amik makanan, aku tegor cikgu Azaam. Ayat pertama harusla camnih kan..."Assalamualaikum cikgu...apa khabar cikgu? Saya anak murid cikgu dulu...tapi saya tak pastilah cikgu ingat lg ke tak..." Pastu cikgu Azaam pon senyum2..dan jawap la soklan aku tadi. Pas borak2 sket, aku pon gi ar sambung niat utk mkn tadi. Hihi...lapar lor!


Dah masuk dalam dewan, aku dok kat seat yg kedua. Means tepi aku ada kerusi kosongla. Belakang aku kumpulan timbalan pengetua koQ. Cikgu Azaam yg mmg TP KoQ, nak join member2 dia lah. Skali just seat sebelah aku je yg kosong. So aku dengar dia kata ngan member2 dia..nak dok sebelah anak murid lah. Aku ni senyum je la. Masa meeting, ada la jgk aku borak2 lagi ngan cikgu Azaam.


Ok..tu cerita aku ngan cikgu2 aku dulu. Now nak citer pasal ex students ngan aku lak. Alhamdulillah...ramai jgk di kalangan ex students aku yg still keep in touch ngan aku. Ada jgk yg memberi kata2 peransang di saat2 aku down. Ada jgk yg dok borak2 ngan aku di saat aku kebosanan. Yg paling best, bila ada ex students yg bg tau dia mendoakan kesihatan dan kebahagiaan aku dunia dan akhirat. Alhamdulillah...moga aku dikurniakan lebih ramai lg students yang macam gini.


Kalau kita nak cikgu ingat kat kita...kita dulu yg kene amik peranan. Maksudnya...cikgu ada ramai students. So maybe dia takleh nak ingat semua yg dia ajar (based on my own experiences). So jadi tanggungjawab students la utk memperkenalkan diri pada cikgunya. Dan aku apply cara tu ngan semua cikgu yg aku jumpa. Once bila dah perkenalkan diri, insyaallah dia akan ingat. Lg best, Pengarah BPM skrg, Hj Saroni Kasmani..ingat aku. So kalo ada majlis, aku akan gi jumpa ngan dia dan borak2. Walaupon ramai yg takot ngan dia kan? Sebenarnya aku takot jgk..tapi aku gi jumpa dia sebab aku rasa aku ex student dia, dan seharusnya students la yg gi cari cikgunya...utk mengeratkan silaturrahim. Silaturrahim kan membuka pintu rezeki...


Jom ramai2 contact semula cikgu2 kita dulu!!

Continue reading...

Monday, March 19, 2012

Happy 28th Birthday to me!!!



Happy birthday to me! mm..28 tahun dah aku hidup kat dunia nih. Kurang setahun dah usia utk aku hidup lagi kat bumi Allah nih.


Macam2 yg jd pada aku smlm..aku ingatkan yg bday aku thn ni akan jd worse bday. But it is not ok! Actually bole jadik best birthday :)


 
Pagi td masa otw nak balik mzms, aku singgah Giant Senawang. Sibuk cari barang utk beli aku terperasan pakndah. Pas salam2 dia ngan mak ndah aku mntk dr la. Kononnya nak cpt. Masa nak bayar barang, dia ajak aku gi mkn. Katanya nak blanja pizza. So aku pon join ar..rezeki jgn ditolak kan? Hehe..umpamanya mcm pakndah celebrate bday aku la walaupon dia x tau pon.
Dah pas maghrib tadi aku mencari2 brg kat dlm almari, dengarla mcm bunyi bising kat luar umah. Tp just buat x tau jela. Alih2 bila kuar ke hall, nmpk ada envelope biru bwh pintu. Bila buka..bday kad la kan? Hehe..tp ayat dlm tu kononnya dtg dr secret admirer la. Dlm dok serabot cr brg, aku rasa mcm bdk2 yg saje nak buat main kan. So just ignore gitula.



Balik dari jumpa ngan students kat dwn, aku pon nak isi perot yg berkeroncong. Tgh syiok nak mkn..denga lg bunyi2 suara kt dpn pintu umah. Kali ni dorg ketok pintu ramai2..sambil nyanyi lagu happy birthday. Sbb ada denga suara lelaki, so aku ni kelam kabut la tukar baju & pakai tudung. Bila buka pintu, nmpkla budak2 homeroom aku. Semuanya ada. Dorg non stop nyanyi sampaila aku buka pintu.



Sgt terharu ok! Dorg nyanyi, then bg wish..pastu bg adiah. Rasa cam dorg syg kat aku ni! Aku sampai menangis sbb x sangka akan ada bday celebration gaya gini. Borak2 jap sampaila dorg revealed psl kad secret admire tu. So btol la sangkaan aku yg bdk2 yg buat..cuma skrg ni aku dh tau, mereka la punya angkara. Disebabkan dorg dh wat surprise, aku janji dgn dorg yg aku akan masak utk dorg lg & every body are happy with that! Hihi..mcm la cikgu dorg ni pandai sgt msk kan?
Bila tgk adiah..dorg bg kain pasang yg cantik. Tros aku kol ibu and bgtau aku nak pos kain tu utk ibu jahit. Aku nak pakai baju tu nanti masa sambutan hari guru. Biar dorg happy bila tgk aku pakai bj dr kain yg dorg kasi..dlm pd tu, smpt jgk ibu ckp..dalam garang2 along nih, ada jgk students yg syg along yer.



Apa2 pon di kesempatan ini..aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kwn2, cikgu2, ex students & students yg sudi mendoakan aku sempena birthday thn ni (walaupon post ni dibuat lps dari tarikh bday aku kan ---> 18 mac 1984 - 18 mac 2012). Lmbt post sbb time aku karang post ni aku ada kat hospital..menghantar student yg sakit daaa...
Dlm hepi ada sedihnya jgk..ada org yg dah berjanji nak kol aku time bday, tp sampai skrg still snyp. Bukan takat kol, sms pon takder. No more me in his thought. Dia pon lama dah sepi dgn aku.. Tapi takpela..kesabaran tiap org ada hadnya. Aku dh sampai limit kot skrg ni. Tq 4 everything :)



Dah2..jgn sedih2 lg cikgu Ayu! Happy birthday to me..happy birthday to me...happy bithday to ayu..happy birthday to me...


 

Ini la rupa mereka2 yg buat aku nangis tadi...



Kami bagos sbb tu kami buat cikgu Ayu nanges..heheh















Continue reading...

Tuesday, February 28, 2012

Before & After :)


Tiba2 tadi aku rasa macam nak bandingkan gambar aku masa thn lps2 ngan gambar baru. Aku rasa korg sdr bole judge kot..Gambar yg ada aku tak edit sket pon, just crop amik gambar aku jer.

 
Gambar ni diambil masa sambutan hari guru tahun lepas Mei 2011




Yg ni pulak masa kawen kawan kat KL. Exact date 12 Mac 2011


        

Gambar ni diambil masa Minggu Aktiviti Semester 1, 2011. Untuk lebih spesifik, 14 Feb 2011. Gemoknya masa nih! Aku sangat takot bila tgk balik gambar2 yg ada.

*
*
*
*
*
*
*
*
The new me...after a year with great exercise and workout (great la kot aku rasa..sbb before ni aku tak spent almost 1 and 1/2 hours to exercise...i mean lps keje. Kalo masa kat UKM dulu, biasala)


Ni plak 23 Oktober 2011...



This one is the latest one...26 Feb 2012



Ni diambil masa bulan 12 hari tuh...kat langkawi..

Continue reading...

:)

 

Coretan Rasa..Luahan Hati..Cetusan Idea.. Copyright © 2009 Cosmetic Girl Designed by Ipietoon | In Collaboration with FIFA
Girl Illustration Copyrighted to Dapino Colada